Tuesday 6 February 2018

AWASS! PERINGATAN APABILA ANDA MELANGGAN TAKAFUL

  1. Langganlah takaful berdasarkan keperluan anda, bukan hanya berdasarkan cadangan agen sahaja. Anda lebih mengetahui keadaan hidup anda.
  2.  Pastikan anda tidak mengambil takaful dengan bayaran melebihi 10% daripada pendapatan anda kecuali untuk yang berusia emas (10%-15%).
  3. Pastikan anda memiliki takaful perlindungan nyawa terlebih dahulu berbanding medikal kad. Ini kerana, ianya lebih berguna bagi membantu kewangan keluarga anda apabila ditimpa malapetaka seperti kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Bagi medikal kad, anda masih ada alternatif hospital kerajaan jika anda sakit.
  4.  Jika anda merasakan diri anda teraniaya oleh agen, anda boleh membuat laporan berikutan kesemua syarikat takaful dan agen2 tertakluk kepada kawal-selia Bank Negara Malaysia serta undang-undang Islamic Financial Services Act.
  5. Pastikan anda memberikan maklumat yang benar dan yang berkaitan terutamanya sejarah kesihatan anda sekalipun penyakit yang telah sembuh. Ini bagi mengelakkan risiko tuntutan anda ditolak apabila berlaku musibah. Banyak kes tuntutan ditolak berikutan penipuan fakta atau tidak mendedahkan fakta yang sebenar (undiscloser fact).
  6. Jangan sesekali anda culas untuk membuat bayaran bulanan kerana ini boleh menyebabkan polisi ‘lapse’ menyebabkan segala tuntutan yang dibuat ditolak.
  7. Semak borang sebelum tandatangan utk memastikan borang diisi dengan maklumat lengkap dan betul.
  8. Pastikan anda memahami polisi yang anda bakal terima melalui lampiran cadangan (proposal) atau Product Disclosure Sheet (PDS). Ianya boleh diperolehi daripada agen atau rujuk melalui website syarikat. Agen perlu menunjukkan dan menerangkan kepada bakal pelanggan. 
  9. Pastikan jumlah pampasan yang dinyatakan cukup untuk membantu anda dan keluarga jika berlaku sebarang kematian, lumpuh atau sakit kritikal. Jumlah pampasan (coverage) yang paling sesuai adalah bersamaan 10 tahun pendapatan anda. Contoh, dengan gaji sebanyak RM3000 sebulan, jumlah pampasan yang sesuai untuk kematian, lumpuh atau sakit kritikal adalah RM360,000 (12 bulan x RM3000 x 10 tahun).
  10. Pilihlah agen yang mampu memberi khidmat nasihat berdasarkan keperluan kewangan anda.
  11. Pastikan anda tag pasangan, keluarga dan rakan-rakan yang perlu tahu tips ini dan JANGAN lupa utk LIKE dan SHARE selepas baca habis tip-tip ini.

#shareiscare
#takafulagent
 https://takafulikhlasplanner.blogspot.my/

https://www.facebook.com/TakafulAgenTANGKAK/

~ready to serve
~takafulikhlas

~0145409450 whatsapp/call (farhan)

Saturday 20 January 2018

JANGAN BERLENGAH, DAPATKAN TAKAFUL KETIKA MASIH MUDA

Umur bukan suatu jaminan bagi kesihatan anda. Terdapat beberapa sebab mengapa kita tidak boleh berlengah-lengah dalam membeli takaful terutama takaful perubatan;

  •  Premium takaful lebih murah jika dibeli ketika usia muda.

  • Pada usia tua, risiko bagi mendapat penyakit adalah lebih tinggi. Perkara ini bukan sahaja boleh meningkatkan harga premium takaful, malahan ianya mungkin akan dikecualikan daripada perlindungan anda. Ertinya, syarikat takaful mungkin tidak akan melindungi penyakit anda yang sedia ada.

  • Jika anda mendapatkan takaful pada usia muda, rekod kesihatan anda mungkin masih bersih (tiada rekod penuakit) , jika anda menghidap penyakit dikemudian hari, syarikat takaful berkenaan tidak lagi boleh mengecualikan penyakit tersebut dari pelan anda.

FAHAMI FUNGSI TAKAFUL

 Masih ramai yang tidak sedar terhadap kepentingan takaful. Malahan, ramai dikalangan kita yang menganggap ianya tidak diperlukan ponn...

Bagi yang dah mempunyai takaful pulak, apabila kewangan bermasalah, terus berhenti membayar premium takaful mereka.

Dalam situasi ini, kita kenalah faham bahawa takaful ni bukanlah sesuatu yang kita beli dan terus boleh dinikmati manfaatnya akak2 dan abam2 semua..

Takaful merupakan JAMINAN yang kita BELI untuk perlindungan pada MASA  kita memerlukan PERLINDUNGAN.

Seperti pepatah, ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’. Payung ini hanya akan kita keluarkan apabila hujan. Sama juga seperti tayar spare kereta, jarang sangat kita memerlukannya tetapi tetap jugakita  usung walau ke mana kita pergi..betul bukan?


‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’

TAKAFUL PERLINDUNGAN NYAWA VS MEDIKAL KAD

Ramai juga dikalangan kita yang masih keliru antara Takaful Perlindungan Nyawa dengan Medikal Kad..

Baiklah, untuk pengetahuan semua, fungsi kedua-duanya adalah amat berbeza.

Takaful perlindungan nyawa @ life takaful, kita akan diberikan pampasan sekiranya berlaku tiga perkara kepada kita iaitu kematian , lumpuh dan sakit kritikal.

Medikal kad @ kad perubatan pula berfungsi untuk membiayai kos rawatan penghospitalan dan pembedahan di hospital.

Secara mudahnya life takaful akan membolehkan kita mendapat bantuan kewangan bagi digunakan oleh kita dan ahli keluarga kita jika berlaku tiga perkara tadi iaitu kematian , lumpuh dan sakit kritikal.


Medikal Kad pula berperanan untuk membolehkan kita mendapat rawatan perubatan terbaik untuk diri kita atau keluarga dengan alternatif daripada hospital swasta selain hanya bergantung harap kepada hospital kerajaan.

Monday 15 January 2018

Medical Card / Kad Perubatan / Mediplan IKHLASlink Secure Takaful (Takaful Ikhlas)

DAPATKAN KAD PERUBATAN DARIPADA TAKAFUL IKHLAS
UNTUK JAMINAN PERUBATAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI DAN KELUARGA ANDA
~ready to serve
~Takaful Ikhlas
~0145409450 whatsapp/call

😊

😊

Thursday 11 January 2018

BUAT SEMAKAN SKIM TAKAFUL / INSURAN ANDA

Bagi mereka yang telah mempunyai skim takaful / insuran, diharapkan anda telah melakukan pemeriksaan semula takaful anda terutamanya pada awal tahun baru ini.
Ini kerana, terdapat ramai mereka yang mengambil takaful tetapi masih tidak mengetahui jenis perlindungan yang diberi oleh syarikat takaful.
Untuk itu, hubungi agen anda dan dapatkan kepastian terhadap plan yang telah anda langgan.

  • Tanyakan sama ada takaful anda adalah jenis saving atau mempunyai pelaburan atau tidak?

                                                   
  • Berapakah pelindungan kesihatan (medical) yang diberi dan berapa bakinya (jika ada membuat tuntutan) ?


Semak juga sama ada plan takaful tersebut masih cukup atau relevan dengan keadaan semasa anda. Ini kerana, dulu mungkin masih bujang kini telah berkahwin. Dulu hanya berdua, kini mungkin sudah mempunyai 2,3 orang cahaya mata..
Jadi mungkin anda perlu menambah pelindungan takaful anda..

Oleh itu, semak semula plan takaful / insuran anda dan nilai semula kesesuaiannya berbanding status kewangan dan keluarga anda yang terkini.






Tuesday 9 January 2018

PELEPASAN CUKAI MELALUI PERLINDUNGAN TAKAFUL

Sudah tentu kebanyakkan daripada kita merasa rugi apabila terpaksa membayar premium takaful setiap bulan terutamanya jika anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Untuk itu, kali ini saya ingin berkongsi sedikit info bagaimana dengan mengambil takaful, anda dapat menjimatkan wang anda melalui kaedah pelepasan cukai.

Selain dapat melindungi anda daripada sebarang musibah kewangan akibat daripada masalah berpunca daripada kesihatan, anda juga dapat menikmati ganjaran pelepasan cukai seperti berikut:

a)      Takaful / insuran nyawa (termasuk KWSP) – pelepasan cukai sehingga sebanyak RM6000
b)      Takaful pendidikan dan perubatan - pelepasan cukai sehingga sebanyak RM3000

rujukan: 
                                               
Darpada maklumat di atas, dapat dilihat bahawa LHDN telah mengiktiraf bahawa perlindungan takaful adalah amat penting sehinggakan sesiapa yang mempunyainya mendapat keistimewaan pelepasan cukai daripada pihak LHDN.