Thursday 28 December 2017

TAKAFUL SEBAGAI INSTRUMEN PERLINDUNGAN RISIKO KEWANGAN


Antara faktor penting dalam elemen kewangan keluarga ialah pengurusan risiko atau juga disebut sebagai pelindung kewangan. Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti sakit kritikal, hilang upaya kekal atau lebih sedih kematian keatas anda terutamanya mereka yang bergelar suami apa yang bakal berlaku kepada keluarga kita? Siapakah yang akan menyara mereka? Siapakah yang bakal melangsaikan hutang piutang seperti kenderaan serta perbelanjaan harian mereka? Adakah ianya mampu menanggung segala kos rawatan perubatan?

Untuk itu, antara yang boleh dijadikan instrumen bagi melindungi diri kita dan keluarga daripada risiko-risiko di atas adalah dengan melengkapkan diri dan keluarga anda dengan perlindungan takaful.

Definisi Takaful:
“Takaful berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud saling menjamin, yang melibatkan sekumpulan peserta bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka terhadap kerugian tertentu. Konsep takaful yang mudah ini menjadi asas kepada perniagaan takaful,yang merupakan insurans berlandaskan Syariah seperti yang diamalkan kini.” (http://www.bnm.gov.my/files/publication/tkf/bm/2005/booklet.bm.pdf)

 Bagi meringkaskan penerangan ini, antara takaful yang penting bagi keluarga anda ialah:

1.       Takaful Nyawa ( Life Takaful ) – Pampasan akan diberikan sekiranya berlaku kepada kita perkara seperti kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

2.       Takaful Perubatan ( Medical takaful @ Medical Card) – Digunakan bagi membiayai kos rawatan di hospital.

Sebagai peringatan bersama, ingin ditegaskan bahawa aspek pengurusan risiko / perlindungan kewangan tidak harus diabaikan dalam memastikan kestabilan kewangan kita sentiasa terjamin walau dalam apa jua keadaan yang menimpa diri dan keluaraga kita. Takaful merupakan instrumen terbaik dalam mempersiapkan diri bagi persediaan pada masa hadapan.

"Expect the best. Prepare for the worst. Capitalize on what comes." Zig Ziglar

No comments:

Post a Comment